Saturday, 21 January 2012
YESTERDAY (PART 2)
Wednesday, 18 January 2012
YESTERDAY (PART 1)
YESTERDAY
Bermula dari hubungan diantara senior dan junior, akhirnya telah melahirkan rasa cinta antara Kyu dan Fei. Hubungan cinta mereka terpaksa dirahsiakan demi kerjaya masing-masing yang sedang meningkat naik. Walaupun hubungan yang terjalin terpaksa dirahsiakan daripada umum, namun mereka tetap bahagia. Jika bertemu di sebuah rancangan,mereka akan bertegur sapa seperti yang lain. Seolah-olah tiada yang istimewa diantara mereka. Jika mempunyai kelapangan, mereka akan bertemu secara rahsia.
Percintaan yang lebih setahun terjalin akhirnya dilanda badai. Walaupun keluarga Kyu senang dengan kehadiran Fei, namun ada sesuatu yang menyebabkan mereka melarang hubungan yang terjalin menjadi lebih serius. Demi keluarga, mereka terpaksa mengakhiri hubungan mareka. Walaupun masih ada rasa sayang dan cinta, Fei rela mengundurkan diri demi keluarga Kyu. Fei tidak mahu kerana dirinya hubungan Kyu dan keluarganya retak. Kyu tidak sanggup melukakan hati kedua-dua orang tuanya. Dia juga tidak sanggup melukakan hati insan yang dicintainya. Fei mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang terjalin demi menghormati keluarga Kyu. Dengan berat hari Kyu redha dengan keputusan yang dibuat. Harapannya agar hubungan mereka tidak terus terputus kerana mereka masih saling menyintai.
Perpisahan yang berlaku sedikit sebanyak mengubah sikap Fei. Dia sering termenung dan suka menyendiri. Namun Fei sentiasa cuba mengukirkan senyuman di hadapan khalayak ramai. Dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui isi hatinya. Fei juga sedaya upaya cuba mengelak daripada bertemu Kyu. Dia akan menolak untuk menghadiri sesuatu acara jika mengetahui Kyu turut serta menyertai acara yang sama. Tetapi sebaliknya yang berlaku pada Kyu. Kyu sentiasa mencari ruang untuk bertemu Fei. Dia tahu Fei sentiasa mengelak bertemunya namun hatinya sentiasa melonjak-lonjak untuk bertemu insan yang dirinduinya. Hinggalah suatu hari mereka bertemu di sebuah acara, Fei menjadi kaku apabila melihat Kyu berdiri di hadapanya. Hatinya terasa pedih bagai dihiris pisau. Fei tidak dapat membalas pandangan mata Kyu. Kyu dapat melihat perubahan diri Fei. Dilihatnya tubuh Fei semakin susut. Fei mencari ruang untuk dirinya bersendirian. Dirasakan air matanya tidak dapat ditahan lagi. Fei menangis semahunya di suatu sudut yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai. Tanpa disedari Kyu mengekori langkahnya. Hati Kyu menjadi sayu melihat tangisan Fei. Tanpa berfikir panjang Kyu lantas terus memeluk Fei. Fei cuba menolak tubuh Kyu namun kudratnya tidak cukup kuat. Kyu memohon maaf kerana telah melukai hati insan yang dicintainya. Fei terus menangis didalam pelukan Kyu.
Masa kian berlalu. Kerjaya mereka makin berkembang. Kyu turut mengembangkan bakatnya di Jepun. Sejak menetap di Jepun, Kyu dan Fei terputus hubungan. Fei tidak mengikuti perkembangan kerjaya Kyu. Namun dia tahu Kyu berjaya dengan kerjayanya. Dia meneruskan perjalanan hidupnya seperti biasa. Sedikit sebanyak ia membantu dia melupakan Kyu buat seketika.
Beberapa bulan berlalu, Fei kelihatan kembali ceria. Dia banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya. Dia juga semakin rapat dengan Chansung. Chansung sentiasa menghiburkan hatinya. Tanpa disangka, suatu hari Chansung meluahkan perasaan pada Fei. Dengan jujur Fei memberitahu dia masih tidak dapat melupakan Kyu. Namun Chansung pantas menjawab dia akan menunggu hingga saat itu tiba. Seperti sudah ditakdirkan, sejak Chansung meluahkan perasaannya mereka berdua sering ditemukan di sesuatu acara mahupun program. Melihat kesungguhan Chansung akhirnya Fei membuka pintu hatinya untuk meneriman cinta Chansung. Sejak itu hidupnya kembali ceria. Chansung sangat mengambil berat tentang dirinya. Changsung sentiasa menghantar mesej pesanan ringkas untuk menghiburkan hatinya.Chansung juga menghadiakan ‘couple ring’ buat Fei.
Namun siapa sangka hubungan yang terjalin ini juga perlu diakhiri. Walaupun Chansung tidak memberitahu Fei, namun Fei mendapat tahu syarikat tempat naungan Chansung dapat menghidu bahawa Chansung sedang menjalinkan hubungan dengan ‘seseorang’. Chansung diminta memutuskan hubungannya demi kerjayanya. Setelah memikirkan semasak-masaknya, Fei menuju ke tempat Chansung berada. Mereka berdua berbincang mengenai perkara yang telah tercetus. Chansung bertegas tidak mahu mengakhiri hubungan mereka. Namun Fei tidak rela melihat kerjaya Chansung musnah. Fei memutuskan untuk terus menjadi sahabat kepada Chansung. Cincin pemberian Chansung dipulangkan walau Chansung menolak. Dengan linangan air mata Fei pergi meninggalkan Chansung.
Walupun hubungan cinta yang terjalin putus di tengah jalan, Chansung masih mencintai Fei. Tidak seperti saat perpisahan bersama Kyu. Fei masih boleh berkerjasama dengan Chansung. Fei sentiasa mengekalkan jarak diantara mereka. Fei juga masih membalas panggilan Chansung. Dia tidak mahu hubungan persahabat mereka terputus.
Siapa sangka akhirnya Kyu telah kembali ke Korea. Berita Kyu telah kembali ke Korea tidak diketahui Fei sehinggalah dia terjumpa sendiri dengan Kyu di sebuah acara. Saat itu terasa jantungnya seolah-olah berhenti berdenyut. Chansung yang turut menyaksikan pertemuan mereka segera menarik tangan Fei. Di suatu sudut Chansung terus memeluk Fei. Seperti dipukau, Fei lantas membalas pelukan Chansung. Tiada sepatah perkataan keluar dari mulut Chansung. Chansung tahu saat ini Fei sedang berperang dengan perasaannya. Kyu yang sedang mencari kelibat Fei turut menyaksikan keadaan tersebut. Dilihatnya Fei sedang menangis didalam pelukkan Chansung.
Suatu hari Fei telah jatuh pengsan ketika sedang menjalani raptai di sebuah acara muzik. Chansung yang turut berada di acara yang sama segera mendapatkan Fei. Fei dibawa ke sebuah hospital. Menurut doktor yang merawat, Fei mengalami tekanan darah rendah. Fei ditahan beberapa hari di hospital. Secara rahsia Kyu melawat Fei di hospital. Saat itu Kyu meluahkan bahawa dia masih mencintai Fei dan akan menunggu hingga Fei sudi menerima dirinya semula. Kyu juga memberitahu kedua-dua ibu bapanya juga telah merestui hubungan mereka. Fei tidak dapat memberikan kata putus kerana hatinya masih terluka.
Apakah kesudahkan cinta antara Kyu, Fei dan juga Chansung. Siapakah yang menjadi pilihan Fei??? Adakah Fei akan memilih Kyu, cinta pertamanya atau pun Chansung yang masih setia menunggunya…