Saturday, 21 January 2012

YESTERDAY (PART 2)


YESTERDAY  2

Masa  kian  berlalu. Kyu  masih  setia  menanti  Fei. Suatu  hari  Kyu  menuju  ke  rumah  Fei. Kunci  pintu  dibukanya. Kyu  masih  menyimpan  kunci  pendua  rumah  Fei. Kyu  menunggu  kepulangan  Fei. Fei terkejut  melihat  Kyu  berada  di  rumahnya  sebaik  pulang. Kyu  menjelaskan  tujuan  kedatangannya. Fei  hanya  diam  membisu. Kyu  menjelaskan  segala  isi  hatinya. Kyu  juga  berkata  dia  tidak  akan  memaksa  Fei  untuk  meneruskan  hubungan  yang  pernah  terkandas  di  tengah  jalan. Fei  menyapu  air  matanya. Kyu  mula  berfikir,adakah  kemunculannya  telah  melukakan  hati  Fei. Ketika  Kyu  mahu  melangkah  pergi, Fei  mula  bersuara. Kyu  gembira  mendengar  jawapan  Fei. Tubuh  Fei  dipeluknya  erat.

Kyu  sentiasa  cuba  membahagiakan  Fei. Tidak  seperti  sebelum  ini, Kyu  kini  bersikap  lebih  terbuka. Mereka  sering  bertemu  apabila  mempunyai  kelapangan  masa. Kyu  mahu  hubungan  mereka  kembali  seperti  dahulu. Kisah  diantara  Chansung  dan  Fei  sudah  diketahuinya. Tiada  dendam  mahupun  masalah  diantara  Kyu  dan  Chansung. Mereka  masih  bertegur  sapa  ketika  bertemu. Namun  perbualan  mengenai  Fei  tidak  pernah  diungkit.

Hari  berganti  hari, bulan  berganti  bulan. Kyu  kembali  sibuk  dengan  jadual  hidupnya. Masa  bersama  Fei  menjadi  terhad. Kyu  sentiasa  cuba  mencuri  masa  untuk  menghubungi  Fei  setiap  hari. Dalam  kesibukan  memenuhi  jadual  yang  ditetapkan  Kyu  tetap  mencari  ruang  dan  masa  untuk  bertemu  kekasih  hatinya. Ketika  bertemu  Fei  menjelaskan  bahawa  dia  menerima  satu  tawaran  bersama  Chansung. Fei  tidak  mahu  Kyu  tersinggung  jika  dia  menerima  tawaran  yang  ditawarkan  tanpa  berbincang  dengan  Kyu. Kyu  dengan  tenang  menjelaskan  dia  tidak  mempunyai  masalah  untuk  membenarkan  Fei  berkerja  bersama  Chansung. Kyu  juga  tahu  Fei  dan  Chansung  masih  lagi  berkawan  baik.

Kyu  dan  Fei  semakin  sibuk  dengan  kerjaya  masing-masing. Mereka  hanya  berhubung  melalui  telefon. Sejak  berkerjasama  hubungan  Chansung  dan  Fei  kembali  rapat. Chansung  sentiasa  menceriakan  harinya. Dalam  diam  Chansung  berasa  cemburu  dengan  hubungan  Kyu  dan  Fei. Chansung  sentiasa  melihat  Kyu  menghubungi  Fei  diwaktu  rehat  mahupun  ketika  makan. Bagi  mengelak  hubungan  mereka  menjadi  janggal, Chansung  menjelaskan  dia  hanya  menganggap  Fei  sebagai  sahabat  baiknya.

Seperti  yang  sering  diperkatakan, perasaan  manusia  juga  boleh  berubah. Fei  mula  takut  dengan  perasaannya  sendiri. Kyu  menjadi  semakin  sibuk. Masa  semakin  menjarakkan  hubungan  mereka. Chansung  dan  Fei  pula  kerap  keluar  bersama  atas  ajakan  teman-teman  rapat. Disaat  hatinya  kebingungan, Fei  cuba  menghubungi  Kyu, namun  hampa  kerana  tiada  jawapan. Suatu  hari  Chansung  menghantar  Fei  pulang  selepas  keluar  makan  bersama. Chansung  meluahkan  perasaannya  pada  Fei. Tindakan  Chansung  mengejutkan  Fei. Chansung  begitu yakin  menyatakan  bahawa  Fei  juga  mencintai  dirinya. Fei  yang  terkejut  dengan  apa  yang  berlaku  tegas  menyatakan  bahawa  dia  mencintai  Kyu. Namun  didalam  hatinya, Fei  semakin  keliru. Benarkan  dia  mencintai  Chansung…Bagaimanapula  dengan  Kyu…Tindakan Chansung  yang  mendesak  Fei  memberi  tekanan  padanya. Fei  menolak  tubuh  Chansung  dan  berlari  keluar  dari  rumah. Dia  keliru  dengan  perasaannya  sendiri.

Fei  tidak  tahu  arah  mana  yang  harus  dituju. Dalam  cuaca  yang  sejuk  Fei  hanya  mengikut  langkah  kakinya. Pintu  rumah  Kyu  diketuknya. Kedua-dua  ibu  bapa  Kyu  terkejut  melihat  keadaan  Fei  dan  bertanya  apa  yang  sudah  terjadi. Fei  hanya  menyatakan  hasratnya  untuk  bertemu  dengan  Kyu  namun  hampa  apabila  diberitahu  Kyu  masih  belum  pulang. Kedua-dua  ibu  bapa  Kyu  meminta  Fei  menunggu  Kyu  didalam  rumah. Fei  meminta  izin  untuk  menunggu  didalam  bilik  Kyu. Tangisan  Fei  didengari  kedua-dua  orang  tua  Kyu. Mereka  yang  risau  dengan  keadaan  Fei  segera  menghubungi  Kyu.

Setelah  menghabiskan  jadualnya  Kyu  segera  pulang  untuk  melihat  keadaan  Fei. Kedua-dua  ibu  bapanya  menjelaskan  apa  yang  berlaku. Mereka  yang  juga  bingung  dengan  apa  yang  berlaku  meminta  Kyu  memujuk  Fei. Kyu  melangkah  masuk  ke  dalam  biliknya. Dilihatnya  Fei  sudah  terlena  di  satu  sudut  biliknya. Tubuh  Fei  diangkat  dan  dibaringkan  diatas  katil. Kyu  menyapu  kesan  air  mata  di  wajah  Fei. Entah  apa  yang  telah  berlaku  dia  sendiri  tidak  mengetahuinya. Kyu  rasa  bersalah  kerana  tiada  disisi  Fei  disaat  Fei  memerlukannya. Tidak  lama  Kyu  menghabiskan  masanya  menemani  Fei  kerana  ada  tugas  yang  perlu  diselesaikannya. Kyu  ingin  segera  menghabiskan  kerjanya  untuk  menemani  Fei. Dia  ingin  berada  disisi  Fei  disaat  Fei  sedar  nanti.

Fei  tersedar  dari  tidurnya. Melihat  dia  terbaring  di  atas  katil  Fei  sudah  dapat  menganggak  Kyu  pulang  menemuinya  disaat  dia  sudah  terlena. Air  matanya  mengalir  lagi. Entah  kenapa  hari  ini  dia  terlalu  lemah. Fei  berharap  Kyu  berada  disisinya  disaat  ini. Fei  melangkah  keluar  dari  rumah  Kyu. Dia  ingin  pulang  ke  rumahnya. Perlahan  kakinya  mengatur  langkah  hingga  dia  tidak  mampu  lagi  untuk  melangkah. Fei  berhenti  di  sebuah  pondok  telefon  dan  menghubungi  seseorang.

Sebuah  kereta  berhenti  tidak  jauh  darinya. Turun  seorang  lelaki  menghampiri  Fei. Lelaki  tersebut  menanggalkan  jaket  yang  dipakainya dan  disarungkan  ke  tubuh  Fei. Tanpa  sepatah  kata  Fei  terus  memeluk  lelaki  tersebut. Chansung  hanya  membiarkan  Fei  menangis  didalam  pelukannya. Chansung  kemudian  menghantar  Fei  pulang. Fei  sendiri  tidak  tahu  mengapa  dia  menghubungi  Chansung.

Kyu  pulang  agak  lewat. Dilihatnya  Fei  sudah  tiada  didalam  bilik. Kyu  mengeluh  kerana  tidak  dapat  menemani  Fei. Dia  ingin  tahu  apa  yang  sudah  terjadi  dan  kenapa  Fei  mengalirkan  air  matanya. Dilihat  cebisan  kertas  di  atas  lantai  lalu  dikutipnya. Kyu  melihat  isi  kandungannya. Ianya  mengandungi  coretan  Fei. Kyu  mengatur  pantas  langkah  kakinya. Berulang  kali  dia  menghubungi  Fei  namun  tiada  jawapan. Kunci  pintu  rumah  Fei  dibukanya. Kyu  melihat  Fei  duduk  di  ruang  tamu. Kyu  segera  mendapatkan  Fei  lantas  memeluknya. Kyu  memohon  maaf  kerana  tiada  disisi  Fei  disaat  dia  memerlukan  teman. Malam  itu  segala  persoalan  dirungkai. Namun  Kyu  masih  tidak  mengetahui  punca  sebenar  Fei  mengalirkan  air  matanya. Fei  hanya  menjelaskan  bahawa  dia  merindui  Kyu, namun  Kyu  yakin  itu  bukan  punca  sebenar. Ada  sesuatu  yang  Fei  rahsiakan  dari  pengetahuannya.

Fei  keliru. Dia  tidak  mahu  melukakan  hati  Kyu. Dalam  masa  yang  sama, Fei  juga  takut  jika  benar  dia  sukakan  Chansung. Begitu  sukar  untuk  dia  dan  Kyu  bersama, tidak  mudah  untuknya  melepaskan  hubungan  mereka  bergitu  sahaja. Perkara  ini  menjadi  rahsia  Fei  dan  Chansung. Fei  tidak  menceritakannya  pada  Kyu  kerana  takut  ianya  akan  mengeruhkan  lagi  keadaan. Fei  masih  ingin  mempertahankan  hubungannya  bersama  Kyu.  Mampukan  Fei  mempertahankannya…

No comments:

Post a Comment