Friday, 9 March 2012

YESTERDAY (PART3)


YESTERDAY 3

Masa  demi  masa  berlalu. Hubungan  Fei  dan  Kyu  mulai  tergugat. Tiada  salah  faham  yang  berlaku  namun  entah  kenapa  Fei  mendiamkan  diri. Pelbagai  rintangan  yang  perlu  dihadapi  hanya  untuk  bersama  Kyu. Kyu  masih  setia  menantinya. Masih  setia  dengan  kerenahnya. Perasaan  bersalah  sentiasa  ada  dalam  dirinya. Namun  Kyu  tidak  pernah  berhenti  mengukirkan  senyuman  padanya. Kenapa  Chansung  perlu  mempertikaikan  cinta  mereka. Dan  kenapa  pula  dia  mula  terfikir  akan  kata-kata  Chansung. Fikiran  Fei  makin  kusut. Dia  yang  mulakan  dulu. Jika  dia  tidak  menerima  cinta  Chansung  dan  setia  menunggu  kepulangan  Kyu. Pasti  bukan  ini  jalan  yang  perlu  dia  tempuhi. Namun  ini  bukan  kehendaknya. Tidak  pernah  terfikir  oleh  Fei, dia  perlu  menghadapi  jalan  yang  penuh  dengan  rintangan. Dia  hanya  ingin  mengenal  apa  itu  erti  cinta  yang  sebenar.

Fei  mula  menyendiri. Hubungannya  dengan  Chansung  mula  rengang. Sejauh  mana  dia  berlari, mereka  tetap  akan  bertemu. Jika  bertemu, Fei  hanya  mendiamkan  diri. Begitu  juga  dengan  Chansung. Mungkin  di  hati  masing-masing  bersarang  rasa  bersalah  namun  ego  untuk  meluahkannya. Chansung  seorang  sahabat  yang  baik  buatnya. Sikap  kelakar  Chansung  sentiasa  menghiburkan  hatinya.

Kyu  mula  perasan  perubahan  sikap  Fei. Namun  tidak  pernah  dia  bertanya. Pada  Kyu, jika  Fei  tidak  mahu  menceritakannya, dia  tidak  akan  bertanya. Dia  tidak  mahu  menyoal  sesuatu  yang  tidak  ingin  Fei  ceritakan. Dia  percaya  pada  Fei  sepenuhnya. Walaupun  pelbagai  khabar  angin  yang  didengarnya, kepercayaan  Kyu  dan  Fei  tidak  pernah  tergugat. Kyu  sentiasa  mengambil  langkah  permulaan. Setiap  hari  Kyu  akan  menghubungi  Fei. Fei  tidak  pernah  menolak  panggilan  darinya. Kyu  mula  berfikir  mungkin  Fei  perlukan  masa  untuk  dirinya  bersendirian. Fei  berhak  membuat  keputusan  untuk  dirinya. Kyu  tidak  akan  mempersoalkan  keputusan  Fei. Soal  hati  dan  perasaan  tidak  boleh  dipaksa. Jika  cinta  Fei  bukan  untuknya, Kyu  redha. Namun  cintanya  pada  Fei  tidak  pernah  pudar.

Khabar  angin  mengenai  keretakan  hubungan  Kyu  dan  Fei  mula  diperkata. Namun  Kyu  tenang  menjawap  segala  persoalan  yang  muncul. Kyu  tidak  menafikan  bahawa  kini  mereka  jarang  bertemu  disebabkan  sibuk  dengan  jadual masing-masing  namun  mereka  tetap  akan  berhubung  melalui  telefon. Kyu  meminta  Fei  bersikap  bertenang  dengan  keadaan  yang  melanda.

Kyu  meluahkan  perasaannya  pada  Hyun  Joong, sahabat  baiknya. Dia  tidak  mahu  memaksa  Fei  untuk  meneruskan  hubungan  mereka  jika  tiada  lagi  rasa  cinta  Fei  padanya. Kyu  juga  tidak  sanggup  memutuskan  hubungan  mereka. Hyun  Joong  menasihati  Kyu  supaya  berbincang  dengan  Fei  dari  hati  ke  hati  mengenai  hubungan  mereka.

Suatu  hari  selepas  pulang  dari  suatu  majlis  Fei  dikejar  oleh  sekumpulan  gadis. Mereka  mula  mengeluarkan  kata-kata  kesat  pada  Fei  dan  menuduh  Fei  bersikap  tamak  kerana  bersama  dua  lelaki. Entah  kenapa  Fei  terasa  hati  dengan  kata-kata  yang  dilemparkan  padanya. Pengurus  Fei  segera  meleraikan  sekumpulan  gadis  berkenaan. Fei  segera  dibawa  pulang. Di  rumah  Fei  teringatkan  kata-kata  sekumpulan  gadis  berkenan. Benarkah  kata-kata  mereka… Fei  menangis  seorang  diri. Dia  hanya  perlu  mengikut  kata  hatinya. Kenapa  dia  perlu  melukakan  hati  orang  yang  disayanginya  dan  juga  orang  yang  menyayanginya… Kyu  mendapat  tahu  kejadian  yang  menimpa  Fei. Dia  segera  bertemu  Fei. Fei  terkejut  dengan  kehadiran  Kyu. Kyu  lantas  memeluk  Fei. Kata-kata  Kyu  sedikit  sebanyak  menenangkan  Fei. Dia  bersyukur  kerana  Kyu  sering  berada  di  sisinya  di  saat  dia  memerlukan  teman. Namun  di  sudut  hati  kecilnya  tetap  bersarang  rasa  bersalah. Adakah  dia  hanya  mempergunakan  Kyu  di  saat  di  terluka. Kini  barulah  Fei  sedar  Kyu  sentiasa  di  sisinya  disaat  suka  mahupun  duka. Tidak  pernah  sekali  pun  Kyu  menyoal  Fei  mengenai  Chansung. Fei  cemburu  dengan  sikap  Kyu  yang  tenang  menghadapi  kemelut  yang  melanda.

Suatu  hari  Chansung  bertemu  Kyu. Mereka  duduk  berbincang. Kyu  tenang  mendengar  luahkan  Chansung. Chansung  meminta  maaf  atas  apa  yang  berlaku. Kyu  tidak  menyalahkan  Chansung. Malah  dia  berterima  kasih  pada  Chansung  kerana  berada  di  sisi  Fei  di  saat  dia  jauh  dari  Fei. Dia  tidak  dapat  menghalang  rasa  cinta  Chansung  pada  Fei. Kyu  meminta  Chansung  memberi  masa  pada  Fei  untuk  berfikir. Dia  juga  berjanji  akan  bersaing  secara  adil. Jika  Chansung  yang  menjadi  pilihan  Fei, Kyu  redha. Soal  perasaan  bukan  perkara  yang  boleh  dibuat  gurauan.  Bersaing  secara  adil  itu  janji  mereka. Chansung  kagum  melihat  sikap  Kyu  yang  tidak  melenting  malah  sentiasa  tenang. Ini  membuatkan  Chansung  terfikir  sikapnya  pada  Fei.

Malam  ini  Kyu  bersendirian  melayani  perasaanya. Ramai  yang  memuji  dirinya  yang  setiasa  bersikap  tenang. Namun  tahukah  mereka  apa  yang  tersirat  di  sudut  hati  kecilnya. Tahukah  mereka  hatinya  menangis. Argh!!! Jika  dia  bersikap  tegas  dan  menyakinkan  kedua-dua  orang  tuanya  pasti  dia  tidak  perlu  melalui  sata  ini. Begitu lemah pendiriannya.

Kyu  menghubungi  Fei  sebelum  dia  berangkat  ke  Jepun  bagi  memenuhi  jadual  yang  telah  ditetapkan. Selepas  ini  mereka  tidak  akan  bertemu  untuk  seketika. Kyu  sentiasa  menasihati  Fei  supaya  menjaga  kesihatan  diri. Selepas  menamatkan  panggilan  Fei  menerima  satu  lagi  panggilan. Ianya  dari  Chansung. Fei  teragak-agak  untuk  menjawapnya  namum  dia  teringatkan  pesanan  Kyu  supaya  tidak  memutuskan  hubungan  persahabatannya  dengan  Chansung. Fei  menjawap  panggilan  Chansung.

Chansung  menceritakan  pertemuannya  dengan  Kyu  pada  Fei. Fei  terkejut  mendengar  cerita  Chansung. Kyu  tidak  pernah  menceritakan  padanya  dia  bertemu  Chansung. Chansung  juga  menceritakan  bahawa  Kyu  akan  menerima  apa  saja  keputusan  Fei. Setelah  memikirkan  dengan  sedalam-dalamnya, Chansung  memutuskan  untuk  hanya  meneruskan  hubungan  persahabatannya  dengan  Fei. Kyu  lebih  layak  untuk  memiliki  Fei. Chansung  juga  dapat  merasai  cinta  Kyu  pada  Fei  amat  mendalam. Sekali  lagi  Chansung  memohon  maaf  kerana  telah  melukakan  hati  Fei  dan  merosakkan  hubungan  mereka. Chansung  yakin  dia  pasti  dapat  lupakan  Fei  suatu  hari  nanti.

Dunia  hiburan  dikejutkan  dengan  berita  kemalangan  Kyu. Kyu  dikatakan  mengalami  kemalangan  ketika  sibuk  menjalani  aktiviti  di  Jepun. Fei  gagal  menghubungi  Kyu. Fei  hanya  dimaklumkan  keadaan  Kyu  melalui  Hyun  Joong. Namun  hatinya  tetap  tidak  tenang. Menurut  laporan  media  kecederaan  yang  dialami  Kyu  parah  dan  segala  aktiviti  di  Jepun  terpaksa  dihentikan. Hyung  Joong  pula  memaklumkan  padanya  Kyu  selamat  dan  hanya  mengalami  kecederaan  kecil. Fei  tidak  tahu  siapa  yang  harus  dipercayainya. Selagi  tidak  dapat  menghubungi  Kyu, hatinya  tidak  tenang. Pihak  pengurusan  Kyu  juga  melarang  Fei  bertemu  Kyu  di  Jepun. Ini  menambahkan  lagi  kegusaran  di  hatinya.Seperti  ada  sesuatu  yang  disembunyikan  dari  pengetahuannya. Adakah  sesuatu  yang  buruk  telah  berlaku  pada  Kyu…??? Sesuatu  yang  ingin  disembunyikan  dari  pengetahuan  dia… Sesuatu  yang  hanya  dia  tidak  mengetahuinya…

No comments:

Post a Comment