YESTERDAY 3
Masa demi
masa berlalu. Hubungan Fei
dan Kyu mulai
tergugat. Tiada salah faham
yang berlaku namun
entah kenapa Fei
mendiamkan diri. Pelbagai rintangan
yang perlu dihadapi
hanya untuk bersama
Kyu. Kyu masih setia menantinya.
Masih setia dengan
kerenahnya. Perasaan
bersalah sentiasa ada
dalam dirinya. Namun Kyu
tidak pernah berhenti
mengukirkan senyuman padanya. Kenapa Chansung
perlu mempertikaikan cinta
mereka. Dan kenapa pula
dia mula terfikir
akan kata-kata Chansung. Fikiran Fei
makin kusut. Dia yang
mulakan dulu. Jika dia
tidak menerima cinta
Chansung dan setia
menunggu kepulangan Kyu. Pasti
bukan ini jalan
yang perlu dia
tempuhi. Namun ini bukan
kehendaknya. Tidak pernah terfikir
oleh Fei, dia perlu
menghadapi jalan yang
penuh dengan rintangan. Dia hanya
ingin mengenal apa
itu erti cinta
yang sebenar.
Fei mula
menyendiri. Hubungannya
dengan Chansung mula
rengang. Sejauh mana dia berlari,
mereka tetap akan
bertemu. Jika bertemu, Fei hanya
mendiamkan diri. Begitu juga
dengan Chansung. Mungkin di
hati masing-masing bersarang
rasa bersalah namun
ego untuk meluahkannya. Chansung seorang
sahabat yang baik
buatnya. Sikap kelakar Chansung
sentiasa menghiburkan hatinya.
Kyu mula
perasan perubahan sikap
Fei. Namun tidak pernah
dia bertanya. Pada Kyu, jika
Fei tidak mahu
menceritakannya, dia tidak akan
bertanya. Dia tidak mahu
menyoal sesuatu yang
tidak ingin Fei
ceritakan. Dia percaya pada
Fei sepenuhnya. Walaupun pelbagai
khabar angin yang
didengarnya, kepercayaan Kyu dan
Fei tidak pernah
tergugat. Kyu sentiasa mengambil
langkah permulaan. Setiap hari
Kyu akan menghubungi
Fei. Fei tidak pernah
menolak panggilan darinya. Kyu
mula berfikir mungkin
Fei perlukan masa
untuk dirinya bersendirian. Fei berhak
membuat keputusan untuk
dirinya. Kyu tidak akan
mempersoalkan keputusan Fei. Soal
hati dan perasaan
tidak boleh dipaksa. Jika
cinta Fei bukan
untuknya, Kyu redha. Namun cintanya
pada Fei tidak
pernah pudar.
Khabar angin
mengenai keretakan hubungan
Kyu dan Fei
mula diperkata. Namun Kyu
tenang menjawap segala
persoalan yang muncul. Kyu
tidak menafikan bahawa
kini mereka jarang
bertemu disebabkan sibuk
dengan jadual masing-masing namun
mereka tetap akan
berhubung melalui telefon. Kyu
meminta Fei bersikap
bertenang dengan keadaan
yang melanda.
Kyu meluahkan
perasaannya pada Hyun
Joong, sahabat baiknya. Dia tidak
mahu memaksa Fei
untuk meneruskan hubungan
mereka jika tiada
lagi rasa cinta
Fei padanya. Kyu juga
tidak sanggup memutuskan
hubungan mereka. Hyun Joong
menasihati Kyu supaya
berbincang dengan Fei dari hati
ke hati mengenai
hubungan mereka.
Suatu hari
selepas pulang dari
suatu majlis Fei
dikejar oleh sekumpulan
gadis. Mereka mula mengeluarkan
kata-kata kesat pada
Fei dan menuduh
Fei bersikap tamak
kerana bersama dua
lelaki. Entah kenapa Fei
terasa hati dengan
kata-kata yang dilemparkan
padanya. Pengurus Fei segera
meleraikan sekumpulan gadis
berkenaan. Fei segera dibawa
pulang. Di rumah Fei
teringatkan kata-kata sekumpulan
gadis berkenan. Benarkah kata-kata
mereka… Fei menangis seorang
diri. Dia hanya perlu
mengikut kata hatinya. Kenapa dia
perlu melukakan hati
orang yang disayanginya
dan juga orang
yang menyayanginya… Kyu mendapat
tahu kejadian yang
menimpa Fei. Dia segera
bertemu Fei. Fei terkejut
dengan kehadiran Kyu. Kyu
lantas memeluk Fei. Kata-kata Kyu
sedikit sebanyak menenangkan
Fei. Dia bersyukur kerana
Kyu sering berada
di sisinya di
saat dia memerlukan
teman. Namun di sudut
hati kecilnya tetap
bersarang rasa bersalah. Adakah dia
hanya mempergunakan Kyu
di saat di
terluka. Kini barulah Fei
sedar Kyu sentiasa
di sisinya disaat
suka mahupun duka. Tidak
pernah sekali pun
Kyu menyoal Fei
mengenai Chansung. Fei cemburu
dengan sikap Kyu
yang tenang menghadapi
kemelut yang melanda.
Suatu hari
Chansung bertemu Kyu. Mereka
duduk berbincang. Kyu tenang
mendengar luahkan Chansung. Chansung meminta
maaf atas apa
yang berlaku. Kyu tidak
menyalahkan Chansung. Malah dia
berterima kasih pada
Chansung kerana berada
di sisi Fei
di saat dia
jauh dari Fei. Dia
tidak dapat menghalang
rasa cinta Chansung
pada Fei. Kyu meminta
Chansung memberi masa
pada Fei untuk
berfikir. Dia juga berjanji
akan bersaing secara
adil. Jika Chansung yang
menjadi pilihan Fei, Kyu
redha. Soal perasaan bukan
perkara yang boleh
dibuat gurauan. Bersaing
secara adil itu
janji mereka. Chansung kagum
melihat sikap Kyu
yang tidak melenting
malah sentiasa tenang. Ini
membuatkan Chansung terfikir
sikapnya pada Fei.
Malam ini
Kyu bersendirian melayani
perasaanya. Ramai yang memuji
dirinya yang setiasa
bersikap tenang. Namun tahukah
mereka apa yang
tersirat di sudut
hati kecilnya. Tahukah mereka
hatinya menangis. Argh!!!
Jika dia
bersikap tegas dan menyakinkan kedua-dua
orang tuanya pasti dia tidak
perlu melalui sata
ini. Begitu lemah pendiriannya.
Kyu menghubungi
Fei sebelum dia
berangkat ke Jepun
bagi memenuhi jadual
yang telah ditetapkan. Selepas ini
mereka tidak akan
bertemu untuk seketika. Kyu
sentiasa menasihati Fei
supaya menjaga kesihatan
diri. Selepas menamatkan panggilan
Fei menerima satu
lagi panggilan. Ianya dari
Chansung. Fei teragak-agak untuk
menjawapnya namum dia
teringatkan pesanan Kyu
supaya tidak memutuskan
hubungan persahabatannya dengan
Chansung. Fei menjawap panggilan
Chansung.
Chansung menceritakan
pertemuannya dengan Kyu
pada Fei. Fei terkejut
mendengar cerita Chansung. Kyu
tidak pernah menceritakan
padanya dia bertemu
Chansung. Chansung juga menceritakan
bahawa Kyu akan
menerima apa saja
keputusan Fei. Setelah memikirkan
dengan sedalam-dalamnya,
Chansung memutuskan untuk
hanya meneruskan hubungan
persahabatannya dengan Fei. Kyu
lebih layak untuk
memiliki Fei. Chansung juga
dapat merasai cinta
Kyu pada Fei
amat mendalam. Sekali lagi
Chansung memohon maaf
kerana telah melukakan
hati Fei dan
merosakkan hubungan mereka. Chansung yakin
dia pasti dapat
lupakan Fei suatu
hari nanti.
Dunia hiburan
dikejutkan dengan berita
kemalangan Kyu. Kyu dikatakan
mengalami kemalangan ketika
sibuk menjalani aktiviti
di Jepun. Fei gagal
menghubungi Kyu. Fei hanya
dimaklumkan keadaan Kyu
melalui Hyun Joong. Namun
hatinya tetap tidak
tenang. Menurut laporan media
kecederaan yang dialami
Kyu parah dan
segala aktiviti di
Jepun terpaksa dihentikan. Hyung Joong
pula memaklumkan padanya
Kyu selamat dan
hanya mengalami kecederaan
kecil. Fei tidak tahu
siapa yang harus
dipercayainya. Selagi tidak dapat
menghubungi Kyu, hatinya tidak
tenang. Pihak pengurusan Kyu
juga melarang Fei
bertemu Kyu di
Jepun. Ini menambahkan lagi
kegusaran di hatinya.Seperti ada
sesuatu yang disembunyikan
dari pengetahuannya. Adakah sesuatu
yang buruk telah
berlaku pada Kyu…??? Sesuatu yang
ingin disembunyikan dari
pengetahuan dia… Sesuatu yang
hanya dia tidak
mengetahuinya…