YESTERDAY 4
Khabar berita Kyu hanya diketahui melalui media. Entah kenapa orang disekelilingnya seperti merahsiakan sesuatu. Apabila ditanya mengenai keadaan Kyu mereka pasti berdolak dalih. Namun akhirnya Fei mendapat tahu perkara sebenar melalui Chansung yang kini berada di Jepun. Pada mulanya Chansung teragak-agak untuk memberitahu Fei perkara sebenar namun dia kasihan melihat Fei sering bertanyakan keadaan Kyu. Keadaan Kyu dilaporkan kritikal. Luluh hati Fei apabila mengenangkan keadaan Kyu yang kini berada jauh darinya.
Tanpa berfikir panjang Fei meminta kebenaran daripada pihak pengurusannya untuk berangkat ke Jepun secepat mungkin. Dia ingin segera bertemu Kyu. Dia ingin berada di sisi Kyu seperti mana yang Kyu lakukan padanya. Kini barulah Fei mula sedar, dia tidak mahu kehilangan Kyu. Insan yang selama ini sentiasa berada di sisinya. Insan yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan padanya. Fei tidak tahu apa yang bakal dia lalui di Jepun nanti. Mungkin sesuatu yang baik atau sesuatu yang bakal meninggalkan luka di hatinya. Fei mendapat tahu Kyu masih tidak sedarkan diri dan kini hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk bernafas setelah tulang rusuknya patah.
Tiba di Jepun Fei disambut oleh kedua-dua orang tua Kyu. Mereka setia menjaga satu-satunya anak lelaki mereka. Luluh hati Fei apabila melihat Kyu terbaring kaku tidak sedarkan diri. Tubuh Kyu kelihatan makin susut. Fei melihat banyak wayar yang disambung pada badan Kyu. Air matanya tidak henti mengalir. Tangan Kyu mula membengkak akibat terlalu kerap diberi suntikan. Sayu hatinya melihat keadaan Kyu seperti itu. Kyu yang sentiasa mengukirkan senyuman padanya kini terbaring kaku tidak sedarkan diri. Doktor yang merawat Kyu memberitahu keadaan Kyu amat kritikal. Mereka perlu segera melakukan pembedahan pada Kyu. Namun risikonya amat tinggi. Walaupun pembedahan dilakukan, pihak hospital juga tidak dapat memberi jaminan Kyu akan kembali seperti sedia kala.
Suatu hari seorang doktor datang bertemu Fei dan kedua-dua orang tua Kyu. Dia tenang menjelaskan pembedahan yang bakal dilakukan pada Kyu. Doktor berkenaan menjelaskan soal hidup dan mati bukan ditangannya. Setelah berbincang, kedua-dua ibu bapa Kyu bersetuju untuk membiarkan pihak hospital melakukan pembedahan. Fei tidak membantah. Dia hanya membiarkan keluarga Kyu membuat keputusan untuk anak mereka. Buruk dan baiknya keputusan yang menantinya, dia harus pasrah. Jika ditakdirkan Kyu pergi meninggalkannya dia perlu redha. Sudah begitu banyak pengorbanan yang Kyu telah lakukan padanya. Kini tiba masanya untuk dia berkorban.
Hari pemedahan telah tiba. Semalaman Fei di sisi Kyu.Saat melihat Kyu diusung masuk ke dalam bilik pemedahan ketakutan mula mengusai dirinya. Hatinya berdebar-debar. Tidak henti-henti dia berdoa semoga pembedahan berjaya. Ada sesuatu yang perlu dia luahkan pada Kyu. Jika Kyu pergi meninggalkannya, pasti dia akan menyesal seumur hidupnya. Chansung turut meluangkan masa menemani Fei. Di saat ini Chansung tahu Fei perlukan seseorang di sisinya. Dia sudah berjanji untuk menemai Fei jika sesuatu terjadi.
Hampir sepuluh jam menunggu, akhirnya pemedahan selesai. Kyu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut. Menurut doktor, walaupun pemedahan berjaya keputusannya hanya akan diketahui apabila Kyu sedar nanti. Chansung duduk termenung mengenangkan sesuatu. Sesuatu yang membebankan fikirannya. Sejujurnya dia masih cintakan Fei, namun dia tiada kuasa untuk menghalang cinta Kyu dan Fei. Chansung sentiasa berdoa agar Kyu sedarkan diri. Dia tidak sanggup lagi melihat Fei menangis. Dia mahu melihat Fei kembali tersenyum. Chansung terpaksa berangkat pulang terlebih dahulu kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.
Dua hari kemudian Kyu mula menunjukan perubahan. Kedua-dua orang tua Kyu gembira melihat Kyu sudah sedarkan diri. Keadaan Kyu masih lemah. Kyu tersenyum melihat Fei disisinya. Fei masih setia menemani Kyu. Hampir lima bulan Kyu berada di hospital, dan selama itu jugalah Fei tidak jemu menjaga Kyu. Akhirnya Kyu dibenarkan pulang. Selama menjaga Kyu, Fei mengurangkan segala aktivitinya. Kyu juga menunjukan perubahan positif. Selepas tiga bulan dibenarkan keluar dari hospital, Kyu kini sudah mampu untuk meneruskan aktivitinya. Namun pergerakannya masih terbatas dan sentiasa perlu diawasi.
Melihat kemesraan di antara Kyu dan Fei yang dilihat semakin erat, kedua-dua orang tua Kyu bercadang untuk menjadikan Fei sebagai menantu mereka. Hasrat mereka disampaikan pada Kyu. Entah apa yang membebankan fikirannya, Kyu meminta kedua-dua orang tuanya menangguhkan dahulu hasrat mereka. Dia tidak mahu mndesak Fei. Kyu berharap kedua-dua orang tuanya memberi mereka masa dan ruang. Kyu sedar hubungannya dengan Fei semakin erat. Kyu bersyukur cinta Fei tidak pernah padam. Kyu juga sudah mengetahui hubungan Fei dan Chansung hanya sebagai kawan.
Akhirnya kata putus sudah dibuat. Kurang sebulan majlis pertunangan mereka bakal diadakan. Kyu dan Fei sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangan mereka dengan bantuan Kedua-dua belah keluarga. Majlis pertunangan yang bakal diadakan dibuat secara sederhana. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja yang dijemput hadir. Chansung menerima jemputan Kyu dan Fei dengan terbuka.
Hari yang dinanti tiba juga. Walaupun majlis diadakan secara sederhana, namun tetap meriah dengan kehadiran tetamu yang dijemput. Senyuman Kyu dan Fei tidak lekang sepanjang hari. Chansung tidak lepas mengucapkan tahniah pada Kyu dan Fei.Mengikut perancangan majlis perkahwinan mereka bakal diadakan setahun kemudian. Kyu dan Fei berdoa semoga mereka dipanjangan jodoh. Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang. Mudah-mudahan segalanya diberkati.