Monday, 9 April 2012

YESTERDAY (PART4)

YESTERDAY 4

Khabar  berita  Kyu  hanya  diketahui  melalui  media. Entah  kenapa  orang  disekelilingnya  seperti  merahsiakan  sesuatu. Apabila  ditanya  mengenai  keadaan  Kyu  mereka  pasti  berdolak  dalih. Namun  akhirnya  Fei  mendapat  tahu  perkara  sebenar  melalui  Chansung  yang  kini  berada  di  Jepun. Pada  mulanya  Chansung  teragak-agak  untuk  memberitahu  Fei  perkara  sebenar  namun  dia  kasihan  melihat  Fei  sering  bertanyakan  keadaan  Kyu.  Keadaan  Kyu  dilaporkan  kritikal. Luluh  hati  Fei  apabila  mengenangkan  keadaan  Kyu  yang  kini  berada  jauh  darinya.
                                                                                                           
Tanpa  berfikir  panjang  Fei  meminta  kebenaran  daripada  pihak  pengurusannya  untuk  berangkat  ke  Jepun  secepat  mungkin. Dia  ingin  segera  bertemu  Kyu. Dia  ingin  berada  di  sisi  Kyu  seperti  mana  yang  Kyu  lakukan  padanya. Kini  barulah  Fei  mula  sedar, dia  tidak  mahu  kehilangan  Kyu. Insan  yang  selama  ini  sentiasa  berada  di  sisinya. Insan  yang  tidak  jemu  memberi  sokongan  dan  dorongan  padanya. Fei  tidak  tahu  apa  yang  bakal  dia  lalui  di  Jepun  nanti. Mungkin  sesuatu  yang  baik  atau  sesuatu  yang  bakal  meninggalkan  luka  di  hatinya. Fei  mendapat  tahu  Kyu  masih  tidak  sedarkan  diri  dan  kini  hanya  bergantung  pada  alat  bantuan  pernafasan  untuk  bernafas  setelah  tulang  rusuknya  patah.

Tiba  di  Jepun  Fei  disambut  oleh  kedua-dua  orang  tua  Kyu. Mereka  setia  menjaga  satu-satunya  anak  lelaki  mereka. Luluh  hati  Fei  apabila  melihat  Kyu  terbaring  kaku  tidak  sedarkan  diri. Tubuh  Kyu  kelihatan  makin  susut. Fei  melihat  banyak  wayar  yang  disambung  pada  badan  Kyu. Air  matanya  tidak  henti  mengalir. Tangan  Kyu  mula  membengkak  akibat  terlalu kerap  diberi  suntikan. Sayu  hatinya  melihat  keadaan  Kyu  seperti  itu. Kyu  yang  sentiasa  mengukirkan  senyuman  padanya  kini  terbaring  kaku  tidak  sedarkan  diri. Doktor  yang  merawat  Kyu  memberitahu  keadaan  Kyu  amat  kritikal. Mereka  perlu  segera  melakukan  pembedahan  pada  Kyu. Namun  risikonya  amat  tinggi. Walaupun  pembedahan  dilakukan, pihak  hospital  juga  tidak  dapat  memberi  jaminan  Kyu  akan  kembali  seperti  sedia  kala.

Suatu  hari  seorang  doktor  datang  bertemu  Fei  dan  kedua-dua  orang  tua  Kyu. Dia  tenang  menjelaskan  pembedahan  yang  bakal  dilakukan  pada  Kyu. Doktor  berkenaan  menjelaskan  soal  hidup  dan  mati  bukan  ditangannya. Setelah  berbincang, kedua-dua  ibu  bapa  Kyu  bersetuju  untuk  membiarkan  pihak  hospital  melakukan  pembedahan. Fei  tidak  membantah. Dia  hanya  membiarkan  keluarga  Kyu  membuat  keputusan  untuk  anak  mereka. Buruk  dan  baiknya  keputusan  yang  menantinya,  dia  harus  pasrah. Jika  ditakdirkan  Kyu  pergi  meninggalkannya  dia  perlu  redha. Sudah  begitu  banyak  pengorbanan  yang  Kyu  telah  lakukan  padanya. Kini  tiba  masanya  untuk  dia  berkorban.

Hari  pemedahan  telah  tiba. Semalaman  Fei  di  sisi  Kyu.Saat  melihat  Kyu  diusung  masuk  ke  dalam  bilik  pemedahan  ketakutan  mula  mengusai  dirinya. Hatinya  berdebar-debar. Tidak  henti-henti  dia  berdoa  semoga  pembedahan  berjaya. Ada  sesuatu  yang  perlu  dia  luahkan  pada  Kyu. Jika  Kyu   pergi  meninggalkannya, pasti  dia  akan  menyesal  seumur  hidupnya. Chansung  turut  meluangkan  masa  menemani  Fei. Di  saat  ini  Chansung  tahu  Fei  perlukan  seseorang  di  sisinya. Dia  sudah  berjanji  untuk  menemai  Fei  jika  sesuatu  terjadi.

Hampir  sepuluh  jam  menunggu, akhirnya  pemedahan  selesai. Kyu  ditempatkan  di  unit  rawatan  rapi (ICU)  untuk  pemeriksaan  lanjut. Menurut  doktor, walaupun  pemedahan  berjaya  keputusannya  hanya  akan  diketahui  apabila  Kyu  sedar  nanti. Chansung  duduk  termenung  mengenangkan  sesuatu. Sesuatu  yang  membebankan  fikirannya. Sejujurnya  dia  masih  cintakan  Fei, namun  dia  tiada  kuasa  untuk  menghalang  cinta  Kyu  dan  Fei. Chansung  sentiasa  berdoa  agar  Kyu  sedarkan  diri. Dia  tidak  sanggup  lagi  melihat  Fei  menangis. Dia  mahu  melihat  Fei  kembali  tersenyum. Chansung  terpaksa  berangkat  pulang  terlebih  dahulu  kerana  perlu  mengikut  jadual  yang  ditetapkan.

Dua  hari  kemudian  Kyu  mula  menunjukan  perubahan. Kedua-dua  orang  tua  Kyu  gembira  melihat  Kyu  sudah  sedarkan  diri. Keadaan  Kyu  masih  lemah. Kyu  tersenyum  melihat  Fei  disisinya. Fei  masih  setia  menemani  Kyu. Hampir  lima  bulan  Kyu  berada  di  hospital,  dan  selama  itu  jugalah  Fei  tidak  jemu  menjaga  Kyu. Akhirnya  Kyu  dibenarkan  pulang. Selama  menjaga  Kyu, Fei  mengurangkan  segala  aktivitinya. Kyu  juga  menunjukan  perubahan  positif. Selepas  tiga  bulan  dibenarkan  keluar  dari  hospital, Kyu  kini  sudah  mampu  untuk  meneruskan  aktivitinya. Namun  pergerakannya  masih  terbatas  dan  sentiasa  perlu  diawasi.

Melihat  kemesraan  di  antara  Kyu  dan  Fei  yang  dilihat  semakin  erat, kedua-dua  orang  tua  Kyu  bercadang  untuk  menjadikan  Fei  sebagai  menantu  mereka. Hasrat  mereka  disampaikan  pada  Kyu. Entah  apa  yang  membebankan  fikirannya, Kyu  meminta  kedua-dua  orang  tuanya  menangguhkan  dahulu  hasrat  mereka. Dia  tidak  mahu  mndesak  Fei. Kyu  berharap  kedua-dua  orang  tuanya  memberi  mereka  masa  dan  ruang. Kyu  sedar  hubungannya  dengan  Fei  semakin  erat. Kyu  bersyukur  cinta  Fei  tidak  pernah  padam. Kyu  juga  sudah  mengetahui  hubungan  Fei  dan  Chansung  hanya  sebagai  kawan.

Akhirnya  kata  putus  sudah  dibuat. Kurang  sebulan  majlis  pertunangan  mereka  bakal  diadakan. Kyu  dan  Fei  sibuk  menguruskan  persiapan  majlis  pertunangan  mereka  dengan  bantuan  Kedua-dua  belah  keluarga. Majlis  pertunangan  yang  bakal  diadakan  dibuat  secara  sederhana. Hanya  keluarga  dan  rakan  terdekat  sahaja  yang  dijemput  hadir. Chansung  menerima  jemputan  Kyu  dan  Fei  dengan  terbuka.

Hari  yang  dinanti  tiba  juga. Walaupun  majlis  diadakan  secara  sederhana, namun  tetap  meriah  dengan  kehadiran  tetamu  yang  dijemput. Senyuman  Kyu  dan  Fei  tidak  lekang  sepanjang  hari. Chansung  tidak  lepas  mengucapkan  tahniah  pada  Kyu  dan  Fei.Mengikut  perancangan  majlis  perkahwinan  mereka  bakal  diadakan  setahun  kemudian. Kyu  dan  Fei  berdoa  semoga  mereka  dipanjangan  jodoh. Semoga  segalanya  berjalan  seperti  yang  dirancang. Mudah-mudahan  segalanya  diberkati.

No comments:

Post a Comment